Friday, June 10, 2011

Perkahwinan Sue & Azrun

Salam..... bertemu lagi.... kali nie Perkahwinan antara Suraini dgn Azrunnizam yang berkhidmat dengan Kastam Johor.... Pernikahan pada 3hb Jun 2011 di Masjid@Surau (tak pasti) di Perumahan Kastam Jln Panji Alam Kuala Terengganu Selepas Isyak. Persandingan Pada 4hb Jun 2011 di Perkarangan Perumahan Kastam Jln Panji Alam Kuala Terengganu

Semasa Pernikahan berlangsung ketika Jurunikah hendak menyampaikan khutbah Nikah.... Pengalaman yang saya tak akan lupakan ialah Bekalan Elektrik terputus bayangkan 'kelam' (gelap gulita) tak de sikit pun cahaya  yang ada cuma cahaya telefon Bimbit pengantin Lelaki yang hanya menerangi buku khutbah yang di baca oleh Jurunikah... bayangkan macam mana nak capture gambar dalam gelap tu... Auto Focus pada Gear aku tak berfungsi dgn baik... seterusnya aku mati akal... nak aku cuba tukar kepada mode auto tak main dah Manual.... tapi gambar still menghampakan.... 

Aku kembali kepada Mode Manual Balik.... aku matikan Auto Focus dan lock focus yang ada... alhamdullilah gambar yang dapat macam gambar gambar kat bawah...

Persandingan.... Makeup terbaik yang pernah aku jumpe so tak banyak perlu edit pada muka Pengantin perempuan.... dan persandingan berjln dgn baik... dan lancar

Outdoor.... kali nie aku buat di Perkarangan Majlis Kristal Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu punya lah ramai org... maklumlah musim cuti sekolah... dan ramai la photog-photog yang mengambil job perkahwinan aku rasa petang tu saja dekat 20 lebih pasangan yang ada petang tue di Perkarangan Majlis Kristal... Dugaan yang di tempuhi pada masa tue ialah background tentu penuh org.... ape nak buat tugas perlu dilaksanakan....

Selamat Pengantin Baru Buat Kedua mempelai..... Azrun dan Sue... terima kasih, Kerjasama anda amat membantu.... di harap berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberi.....
  Majlis Nikah









Majlis Persandingan



















Outdoor











Video Slide Show


Thursday, June 9, 2011

Perkahwinan Hajar & Megat

PERKAHWINAN HAJAR & MEGAT

Pernikahan Pada 3hb Jun 2011 dan Persandingan pada 4hb Jun 2011 di Bukit Payung, Kuala Terengganu,
Special Thank for Photografer Ahmad KM@FB dan Putra TRG@FB kerana bersama menjayakan Photography kali nie, 

Inilah Hasilnya,