Wednesday, February 15, 2012

Pernah tak kamu terfikir berapakah keuntungan seorang photographer?

Pernah tak kamu terfikir berapakah keuntungan seorang photographer? 

Pernahkah kamu terfikir apakah mereka benar2 mengaut keuntungan hasil dari gambar-gambar yang mereka ambil?

Berbaloikah dengan apa yang kamu bayar terhadap photographer yang kamu pilih utk perkahwinan kamu?

Jom kita tgk apakah benar photographer2 ini benar2 mengenakan harga yang mahal atau tidak.. Saya mmg sgt pandai dalam matematik, saya akan tolong kirakan utk kamu.. :)

Katakanlah photographer yang kamu pilih mengenakan charged RM1500 kepada kamu dengan package “terbaik dan termurah” iaitu dengan memberikan:

1. Custom album 8x12 cristal laminated bernilai RM300
2. Sticky album berserta 100pcs 4R fully edit picture bernilai RM100
3. Frame 8R bernilai RM20
4. Unlimited shoot and burn in DVD biasanya 300 gambar

Totalnya adalah RM420

Itu belum lagi campur:
1. Duit bil tepon utk telefon pengantin bernilai RM10
2. Duit bayar back up photographer bernilai RM200
3. Duit minyak pergi ke rumah pengantin, pergi hantar custom album utk print bernilai RM50

So, nilai modal setakat ini ialah RM420+RM260=RM680

Biasanya, photographer yang mengambil upah sehingga RM1500 mempunyai gadget kamera seperti 
1. D700 bernilai RM6100
2. 14-24mm bernilai RM5820
3. 24-70mm bernilai RM5760
4. 70-200mm bernilai RM6950
5. Flash SB910 bernilai RM1650

Total gadget ialah RM26280… 

Tahukah kamu, setiap petikan pada DSLR adalah bernilai kerana DSLR D700 hanya mampu mengambil gambar sebanyak 150,000 keping sahaja. Maka selepas itu, photographer terpaksa menukar shutter system yang bernilai RM1400. Maka, jika dikira dalam matematik, setiap kali photographer memetik shutter, nilai sekeping gambar ialah 1 sen. 1 sen jer pun, bukan mahal sgt, tapi, photographer tak pernah pun terfikir nak simpan duit utk menukar shutter system, bila tiba waktunya, mmg “sakit” jugak nak keluarkan duit sebanyak RM1400.

So, RM1500- RM660=RM840… so, keuntungan photographer tersebut ialah RM840. Memang banyak untung kan? RM840 dalam sehari. Tapi kamu silap, selepas sahaja photographer ambil gambar kamu, kebiasaannya, photographer memerlukan 3 minggu bersamaan 21 hari utk edit gambar kamu. So, RM840 bahagikan dengan 21 hari, nilai keuntungan photographer tersebut cuma RM40 sehari. Berbaloikah?

Jadi, photographer tersebut memerlukan 657 hari untuk mendapatkan kembali modal gadget yang bernilai RM26280. 657 hari? Berbaloikah? 

Itu pun kalau photographer tersebut sentiasa dapat “job”. Apakah kamu fikir perkahwinan berlaku setiap hari? Nak harapkan job byk pun perlu tunggu cuti sekolah. Itu pun belum tentu dapat, persaingan kini sangatlah hebat. Terlalu ramai photographer2 kini berlumba2 mendapatkan job. Adoiiiii…

Pernahkah kamu terfikir kesibukan seorang photographer? 

Biasanya, photographer sudah mempunyai pekerjaan tetap yang bekerja dari Isnin sampai Jumaat. Apabila menjadi photographer, masa yang sepatutnya diluangkan utk bersama anak isteri pada hari Sabtu dan ahad, kini terpaksa dikorbankan hanya utk jadi photographer yang hanya bernilai RM40 sehari? Berbaloikah?

Tahukah kamu utk meng”edit” gambar memerlukan mood? Dan biasanya mood itu akan datang pada waktu malam. Dan photographer sekali lagi terpaksa korbankan waktu tidurnya setiap malam hanya utk berikan gambar “terbaik” utk kamu abadikan “seumur hidup” sedangkan kamu tidak “membayar” dengan nilai sepatutnya.........

Maka, jika kamu rasa nilai RM1500 itu sangat mahal bagi kamu, fikirkanlah “pengorbanan” photographer yang bersusah payah bersengkang mata hingga sanggup melupakan keakraban antara anak isteri mereka pada setiap malam malah di hujung minggu hanya utk memastikan setiap gambar yang diambil mampu menjadi kenangan utk kamu “sepanjang hayat”… :)